Monday, August 15, 2022

RM100,000 untuk Saberkas dapatkan atlet sebagus ikonik sukan Pandelela Rinong

Secara Rawak

KUCHING: Peruntukan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri kepada Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) akan digunakan untuk mencungkil bakat sukan dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Saberkas, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan untuk persediaan tahun depan itu dapat membantu kerajaan mengembang bakat muda di negeri ini.

abg jo saberkas 2

Bercakap pada majlis Makan Malam Mesra Bersama Presiden Saberkas Abang Johari berkata, “disiplin yang tinggi diperlukan untuk berjaya dalam bidang sukan dan saya yakin generasi muda mampu menghadapinya.”

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan berkata aktiviti sukan terbukti berjaya menyatu padu rakyat Sarawak pelbagai kaum dan agama.

Anatara bakat Sarawak masa kini yang dapat dibanggakan ialah Ratu Terjun negara, Pandelela Rinong yang bakatnya dikembangkan sehingga ke Olimpik Rio 2016 mengharumkan nama negara Malaysia dan negeri Sarawak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru