Sunday, September 25, 2022

Putera Arab Saudi dua kali selamatkan Trump bankrap, dia tak kenang budi

Secara Rawak

ANKARA: Dalam wawancara dengan akhbar Turki, Hurriyet, Bilionair Saudi, Putera al-Waleed bin Talal menyifatkan calon Presiden Amerika Syarikat, Trump sebagai orang yang tidak tahu mengenang budi dan hatinya tidak baik.

566bd7b1c03c0e09a0cfa9bcAl-Waleed mengaku pernah menyelamatkan calon parti Republikan itu daripada muflis dua kali.

Menurut Hurriyet, al-Waleed membeli hotel Trump ketika ia hampir dirampas bank.

Al-Waleed juga membeli kapal layar Trump ketika sekali lagi dia diancam muflis.

Sebelum ini, Mail Online melaporkan pada Disember 2015, al-Waleed pernah menganggap Trump sebagai “kehinaan” kepada Amerika Syarikat atas sikap anti-Islamnya.

Trump pernah berkata dia akan menghalang penganut Islam memasuki AS sekiranya memenangi jawatan presiden dalam pilihan raya akan datang.

“Awak memalukan bukan sahaja Republikan, tetapi untuk semua rakyat AS,” kata al-Waleed dalam sengketanya dengan Trump di Twitter.

Komen negatif Trump berkaitan Islam sepanjang kempen pemilihan Presiden AS merosakkan rangkaian perniagaan keluarga Trump di Timur Tengah.

Al-Waleed, mempunyai pegangan dalam beberapa syarikat antarabangsa, termasuk Twitter dan Citigroup. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru