Wednesday, December 7, 2022

Polis tangkap 72 suspek judi haram di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata, polis Sarawak menahan 72 suspek yang terlibat kegiatan judi haram berumur antara 14 hingga 70 tahun.

Penangkapan tersebut melibatkan 46 serbuan di seluruh negeri sejak minggu lepas.

Bernama melaporkan, 40 serbuan dilakukan berkaitan loteri haram.

Manakala, tiga berjudi di tempat awam dan tiga lagi berkaitan judi dalam talian.

Beliau berkata, 56 lelaki dan 16 wanita itu ditahan kerana terlibat dalam mempromosikan loteri awam tanpa lesen dan judi dalam talian.

Daripada 72 yang ditahan, sembilan merupakan warga asing.

“Wang tunai berjumlah RM37,722 dirampas dalam serbuan itu, bersama-sama 20 komputer dan 16 tablet yang digunakan untuk judi dalam talian,” kata Dev memetik laporan Bernama. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru