Friday, October 7, 2022

Penduduk Kuching boleh hasilkan baja organik sendiri daripada sisa makanan

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk diberi kesedaran perihal bagusnya menghasilkan sisa makanan yang terbuang di rumah untuk dijadikan baja organik.

Usaha yang dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (BKU) ini sangat baik bertujuan menjimatkan kos, selain membantu memberi kesedaran kepada suri rumah agar menjaga kebersihan alam sekitar.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, “demo yang dijalankan dapat membantu memberi kesedaran kepada penduduk agar hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat.”

Melalui Program Mesra Alam Sistem Pengomposan Dapur, DBKU mengagihkan 80 tong Sistem Pengomposan Sisa Makanan Dapur Mesra Alam kepada penduduk Kampung Lintang pada Sabtu.

Pada program tersebut Hasidah berkata, baja organik selamat, mesra alam dan bebas kimia.

Selain dapat mengawal kadar buangan sisa makanan dalam bentuk sampah, penmggunaan baja organik menggalak ahli keluarga melakukan aktiviti bertanam yang menyihatkan tubuh badan.

Kata Hasidah lagi, “perkara ini merupakan perkara baru bagi kita dan sudah lama diperkenalkan di Jepun sekali gus saya sarankan kepada DBKU agar mengadakan program seperti ini di kampung lain.” – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru