Saturday, October 8, 2022

Tak perlu pertikai kemerdekaan negara atau S’wak, kibarkan Jalur Gemilang demi peringati jasa pejuang

Secara Rawak

SEMATAN: Semua pihak perlu meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 tanpa mengira perbezaan pendapat

Menurut Residen Bahagian Kuching, Shukarmin Chasemon, penting bagi setiap masyarakat menyemarakkan patriotisme ketika menyambut Hari Kebangsaan ini.

“Kita harus memberi sokongan terhadap sambutan Bulan Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Ia sebagai tanda kita menyemarakkan semangat patriotik kepada negara,” kata Shukarmin ketika berucap sempena Konvoi Rombongan Merdeka 2016 yang berakhir di Sematan pada Jumaat.

Shurkamin menegaskan tidak perlu kita bertelagah hanya kerana Sarawak memperingati Hari Sarawak pada 22 Julai.

Hari bersejarah perlu diraikan sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu mendapatkan kemerdekaan.

“Tak perlu gaduh di laman sosial tentang sambutan hari merdeka, sama ada kemerdekaan negara atau Sarawak.

“Semangat patriotik perlu disemarakkan dan sokong sambutan itu,” ujar Shukarmin.

Perjalanan lebih 100 kilometer disertai 44 kenderaan bermula dari pekarangan Kompleks Majma Tuanku Abdul Halim, Kuching sebelum singgah di Empangan Bengoh, Tasik Biru, Lundu dan berakhir di Sematan.

Konvoi disertai staf Pejabat Residen Kuching, Lembaga Air Kuching, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru