Saturday, October 8, 2022

Suami ganas seks, isteri tak tahan lapor polis di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Mengambil kejadian seperti “dirogol” suami sendiri pada pagi Jumaat, isteri terpaksa ke balai polis membuat laporan pada tengah harinya.

Ibu beranak tiga mengadu tidak tahan melayan nafsu luar biasa suaminya yang kerap mengasarinya semasa di ranjang.

Menurut Utusan Borneo, dalam kejadian sebelah pagi, pengadu, 29, mendakwa diajak oleh suaminya, 31, mengadakan hubungan seks, namun dia menolak kerana datang bulan.

Bagaimanapun, suami terus menolaknya di katil bagi memenuhi nafsunya.

Pengadu mendakwa, suaminya kerap menampar dan mencekiknya jika dia enggan mengadakan persetubuhan pada masa yang tidak sesuai.

Pengadu turut mengambil keputusan keluar dari kediamannya dan pulang di kampung halamannya di Kapit serta mempertimbangkan untuk bercerai jika tiada penyelesaian, memetik laporan Utusan Borneo.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru