Friday, September 30, 2022

Jepun jelajah seluruh negara peraga bendera Olimpik kepada rakyat

Secara Rawak

TOKYO: Kerajaan metropolitan Tokyo akan mengadakan acara menaikkan bendera Olimpik dan Paralimpik di pekarangan pejabatnya di Shinjuku di sini pada 21 September.

Gabenor Tokyo Yuriko Koike dipetik media Jepun sebagai berkata, tujuan acara itu adalah untuk menyemarakkan dan menaikkan momentum Olimpik 2020 di ibu kota Jepun.

Tokyo dengan 13 juta penduduk kini sibuk membuat persiapan rapi termasuk membina stadium baharu serta pelbagai kemudahan lain.

Dengan kemudahan yang moden, sistem pengangkutan yang cekap dan modal insan yang mahir, Jepun dijangka tidak berdepan masalah dalam penganjuran.

Menjelang 2020, lebih banyak pesawat dijangka mendarat di Lapangan Terbang Heneda, akses percuma yang lebih meluas kepada wifi dan kemudahan yang lebih banyak kepada golongan OKU.

Kali pertama Jepun menganjurkan acara besar dunia itu adalah pada 1964.

Kerajaan metropolitan akan juga mengadakan acara menjelajah bendera ke seluruh negara pada Oktober di tiga wilayah paling teruk dilanda tsunami pada Mac 2011 — Iwate, Miyagi dan Fukushima.

Koike menerima bendera Olimpik di acara penutupan Olimpik di Rio De Janeiro baru-baru ini.

Jepun merangkul 41 pingat termasuk 12 pingat emas di acara itu. Bagi Olimpik 2020 negara ini dijangka menambah jumlah pingat kepada sekurang-kurang 60.

Terdapat dua bendera Olimpik. Bendera yang bakal diperagakan pada 21 September adalah yang dicipta oleh jawatankuasa penganjur di Rio.

Kerajaan Tokyo akan turut mempertimbangkan mempamerkan bendera asal yang telah diserahkan oleh kota penganjur sejak Olimpik di Seoul pada 1988.

Difahamkan bendera yang bakal dibawa ke seluruh negara dibuat oleh kerajaan Tokyo selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik. – Sarawakvoice.com, AWANG BOLKIAH ALI di Tokyo, Jepun

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru