Saturday, October 23, 2021

Jambatan Batang Sadong terpanjang di Borneo boleh diguna awal, siap secara rasmi 15 Sept ini

Mesti baca

KUCHING: Jambatan Batang Sadong siap mengikut jadual ditetapkan dan 15 September ini tercatat secara rasmi bagi kewujudan sebuah jambatan terpanjang di Borneo.

Jambatan sepanjang 1.5 kilometer berharga lebih RM230 juta ini dijangka dirasmikan pada Oktober nanti, bagaimanapun sudah boleh  dibuka lebih awal kepada orang awam.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hari ini, Sabtu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya Aidel Lariwoo meletakkan “ginder” terakhir jambatan tersebut.

“Selepas semua audit terakhir, ia diisytihar siap sepenuhnya 15 September ini,” kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang sempena program autoshow di Pasar Raya Giant, Samariang pada Jumaat.

Kemudahan Jambatan Batong Sadong digabungkan dengan jambatan lain yang sedang disiapkan mampu menjadi pelengkap kepada laluan dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya-Simunjan dan Sebuyau tanpa perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri.

Bercakap berkaitan projek lain di bawah kementeriannya, Fadillah menjelaskan majlis perasmian Jejantas Ikonik Samarahan diadakan 13 September tahun ini.

Sementara, Jambatan Batang Samarahan meskipun berhadapan masalah berkaitan tuntutan tanah, ia sudah berjaya diselesaikan.

Bagi Jambatan Emart pula, Fadillah memberitahu terdapat masalah ketika melaksanakan projek tersebut, namun tindakan baru telah diambil demi memastikan ia siap mengikut jadual.

Berkaitan projek di Batu 15 Jalan Kuching-Serian, pembinaan di situ agak sukar disebabkan jalan masih menjadi laluan awam, selain kontraktor terpaksa mengalih utiliti seperti paip air, kabel elektrik dan telekomunikasi.

“Projek agak kritikal kita lihat di Jambatan Sungai Rimbas kerana menghadapi masalah. Saya jangka, mungkin jadualnya akan lewat dua bulan,” ujar Fadillah.

Bagi Jambatan Batang Igan, proses tender sedang disiapkan.

Manakala, untuk Projek Jejambat Medan Bintulu dan Jambatan Rambongan model reka bentuknya masih dalam proses penyiapan. – Sarawakvoice.com

Secara Rawak

Artikel Terbaru