Monday, December 5, 2022

Hati-hati beli tanah, semak di jabatan tanah, elak ditipu broker

Secara Rawak

MIRI: Berhati-hati dengan status sesebuah tanah dengan menyiasat pemilik sebenarnya sebelum membeli tanah demi mengelak ditipu broker tanah.

Jangan mudah percaya seratus peratus dengan broker tanah kerana ada yang menyamar sebagai pemilik tanah bertujuan memancing keyakinan bakal pembeli.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang menasihatkan agar pembeli menyemak status sesuatu tanah dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sebelum membelinya.

lambas_0000

Bercakap semasa merasmikan Hari Keluarga Landas, JTS Miri di pantai Luak Esplanade pada Jumaat, Ahmad Lai menambah, “saya berharap Jabatan Tanah dan Survei menemui dan menerangkan kepada rakyat (hal ini) supaya tidak tersalah membeli tanah.”

Pada majlis tersebut, Ahmad Lai mengumumkan geran RM10,000 untuk kelab sukan, sementara RM5,000 untuk aktiviti anak kakitangan.

Aktiviti dwitahunan itu disertai seramai 200 kakitangan dan ahli keluarga bertujuan merapatkan hubungan sesama mereka.

Landas merupakan pertubuhan sukan dan rekreasi yang ditubuhkan sejak 1980-an oleh JTS di setiap bahagian. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru