Sunday, September 25, 2022

Bahasa Jepun sebab Jepun maju

Secara Rawak

TOKYO: Terdapat rakyat Malaysia yang berpendapat negara tidak dapat maju jika rakyat tidak menguasai bahasa Inggeris.

Jika anda ke Jepun pasti anda berfikir dua kali tentang kebenaran kenyataan itu.

Kerajaan Jepun dan rakyatnya amat yakin bahawa Jepun dapat mencapai kemajuan dengan bahasa ibunda dan bahasa kebangsaannya, bahasa Jepun.

Jika di Malaysia orang akan cuba menggunakan bahasa Inggeris sebagai di mana-mana termasuk ketika memberi nama taman perumahan tetapi di negara ini bahasa Jepun adalah segala-galanya.

Adakah Malaysia lebih maju berbanding Jepun? Kalau benar hujah berkenaan sepatutnya Jepun lebih mundur daripada Malaysia. Hakikatnya; dalam banyak segi kita jauh di belakang berbanding Jepun.

Masalah pemimpin dan rakyat Malaysia ialah mereka tidak yakin terhadap bahasa Malaysia, malah sebahagiannya memandang rendah terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.

Contohnya, buku dalam bahasa apa yang menguasai kedai buku ternama di ibu kota Kuala Lumpur?

Di mana-mana bandar dan kota di Jepun yang pernah saya kunjungi, buku dalam bahasa Jepun paling dominan dan laris.

Saya sempat mengunjungi sebuah kedai buku di Tokyo kali ini. Daripada 10 tingkat 9 tingkat adalah buku dalam bahasa Jepun dan hanya satu tingkat dalam bahasa Inggeris.

Kita perlu memandang tinggi dan menghormati bahasa kebangsaan negara. Kita perlu mempunyai sikap nasionalisme bahasa dengan mencintai bahasa Malaysia. AWANG BOLKIAH ALI di Tokyo, Jepun – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru