Monday, January 24, 2022

Twin Otter terbabas di Marudi, 5 penumpang dan anak kapal terselamat

Secara Rawak

MARUDI: Tiga penumpang dan dua anak kapal pesawat ringan Twin Otter DHC6-400 milik Maswings berhadapan detik cemas apabila melakukan pendaratan yang tersasar dari landasan di Lapangan Terbang Marudi petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.50 petang itu, pesawat berkenaan baharu tiba dari Miri.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut yang mengesahkan insiden tersebut berkata, pesawat itu terbabas sekitar 30 meter ke kiri landasan sebelum berhenti di kawasan berumput.

“Ketika kejadian, pesawat dikendalikan pembantu juruterbang.

” Punca kejadian dan siasatan penuh mengenainya akan dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Miri,” katanya lagi.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.05 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan tiga minit kemudian, pesawat itu berada di kawasan padang rumput namun tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Malah semua penumpang dan anak kapal telah berjaya keluar dari pesawat dengan selamat.

“Tiada gerak kerja operasi dijalankan,” katanya lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru