Monday, August 8, 2022

Sudah dapat 22 Julai Hari S’wak, jangan abaikan 31 Ogos Hari Kebangsaan dan 16 Sept Hari M’sia

Secara Rawak

KUCHING: Sesudah Kerajaan Sarawak mengiktiraf 22 Julai sebagai Hari Sarawak dan diisytiharkan cuti umum bermula tahun ini, warga Sarawak tidak seharusnya mengetepikan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan yang disambut pada Rabu depan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, sebagai rakyat Malaysia, warga Sarawak tidak wajar mengecualikan diri merai tarikh tersebut, sebaliknya menyertai rakyat Malaysia lain memeriahkannya.

Selain dua tarikh tersebut, rakyat juga meraikan Hari Malaysia pada 16 September sebagai mengingati pembentukan Persekutuan Malaysia yang disertai Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura ketika itu.

Rubiah meminta agar ketua masyarakat dalam kawasannya mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing perihal mustahaknya tarikh tersebut.

“Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersama-sama meraikan tarikh itu dan membuktikan kepada rakan bahawa kita sebahagian daripada mereka.”

Merasmi majlis penutupan Institut Kemajuan Desa (Infra) pada Jumaat, Rubiah tidak mahu rakyat Sarawak keliru dengan tiga tarikh tersebut, tetapi mereka perlu memahami mengapa wujud tiga tarikh itu.

“Meraikan 31 Ogos antara cara kita di Sarawak membuktikan perasaan cinta akan negara,” katanya.

Sejak pembentukan Malaysia, Sarawak menikmati pembangunan dan tidak ada alasan mengapa rakyat negeri ini tidak bangga menjadi anak Malaysia seterusnya menyahut cabaran mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perayaan 31 Ogos. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru