Najib tunaikan janji, 33,000 pelajar SPM S’wak dapat komputer riba September ini

0
10

PUTRAJAYA: Bermula dalam tempoh seminggu lagi, 33,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak akan menerima komputer riba masing-masing secara berperingkat-peringkat.

14040157_1425205870828721_8692227955878070959_n

“Dengan janji dipenuhi, saya yakin dan percaya pelajar Sarawak akan melakukan yang lebih baik dalam pelajaran,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyerahkan komputer riba kepada lima wakil pelajar di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat.

“Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membangunkan modal insan di Sarawak akan mencapai hasil yang diingini,” kata Najib yang sebelum ini pernah berikrar melengkapkan pelajar SPM di Sarawak dengan kemudahan komputer riba.

Turut hadir menyaksikan penyerahan komputer riba kepada wakil pelajar itu Sarawak ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk P Kamalanathan dan Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Kamalanathan berkata, Kerajaan Barisan Nasional komited memenuhi janjinya dan berharap projek perintis bernilai RM45 juta itu bermanfaat membantu pelajar SPM menyemak pelajaran mereka dengan lebih berkesan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa komputer riba tersebut hanya dipinjamkan  kepada pelajar sehingga minggu peperiksaan SPM.

14063810_1425205877495387_802106829870771040_n

Selepas itu, peranti tersebut perlu diturunkan kepada kumpulan pelajar SPM tahun berikutnya.

Kamalanathan berkata kerajaan akan memantau kejayaan projek ini, jika berjaya di Sarawak, ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

Sarawak dipilih untuk projek perintis ini kerana ia mempunyai kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman yang saksama. – Sarawakvoice.com

14051782_1425205957495379_478360433091649850_n