Saturday, October 8, 2022

SPRM beku akaun RM8.1 juta milik Datuk, selepas terlibat skandal RM15 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang lelaki berstatus “Datuk”, dan membekukan beberapa akaun bernilai RM8.1 juta miliknya dan beberapa individu lain.

Beliau ditahan sekitar jam 2 petang semalam di pejabatnya, sebuah syarikat perbankan di ibu negara kerana dipercayai terlibat dalam salah guna kuasa dan terlibat dengan aktiviti rasuah.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki yang mengesahkan perkara ini berkata, individu disyaki terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

“Individu terbabit telah meluluskan projek sebanyak RM15 juta kepada sebuah syarikat penerbitan, yang dipercayai beliau ada memiliki kepentingan, dan projek tersebut gagal dilaksanakan.

“Bagaimanapun tiada sebarang buku telah diterbitkan,” katanya.

Sejak mendapat Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, SPRM telah melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan.

Hasrat ini sejajar dengan komitmennya untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru