Monday, August 15, 2022

Sila derma darah di Hospital Miri yang sasar kumpul 8,000 pain darah hujung 2016

Secara Rawak

MIRI: Sesiapa yang mahu menderma darah dialu-alukan datang ke Tabung Bank Darah, Hospital Miri yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Sehingga hujung tahun ini, Tabung Bank Darah (TBD) Hospital Miri menyasarkan untuk mengumpul 8,000 pain bekalan darah.

Menurut pegawainya, Kenneth Numan, setakat ini TBD hanya memperoleh separuh daripada sasaran itu, yakni 4,000 pain.

Justeru, usaha giat dilancarkan bagi mencapai sasaran berkenaan.

“TBD kini memerlukan penderma bagi golongan darah jenis O dan A yang sangat berkurangan,” jelas Kenneth pada Program Menderma Darah di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Miri.

Katanya, dalam mencapai sasaran itu pelbagai aktiviti diadakan bagi mengumpul bekalan darah untuk keperluan Hospital Miri.

Aktiviti utama diadakan ialah kempen kesedaran tentang keperluan darah sebagai penyelamat nyawa bagi mereka yang memerlukan.

Kempen berkenaan dijalankan secara besar-besaran di bandar raya ini.

Pengarah Kampus PPKS/i-CATS Miri, John Rizal Biki yang turut menderma darah berkata pihak kolej sentiasa memberi kerjasama kepada TBD Hospital Miri.

Pihak kolej melalui bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sentiasa menjalan kempen kesedaran derma darah di kalangan pelajar.

Sebanyak 18 pain darah berjaya diperoleh dalam program yang berlangsung di kampus PPKS/i-CATS pada Khamis. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru