Sunday, January 23, 2022

Perancis haramkan burkini, peliknya jualan burkini melonjak dibeli bukan Islam

Secara Rawak

LONDON: Perancis yang selama ini sangat paranoid terhadap Islam, menunjukkan reaksi paling keras apabila melarang wanita memakai burkini (gabungan burka+bikini) atau baju renang Muslim semasa mandi di pantai.

Peliknya, burkini dengan mudah dikaitkan dengan terorisme sehingga wanita yang memakai burkini ditahan polis dan diminta membukanya.

810

Hal ini berlaku baru-baru ini apabila empat polis bersenjata mendekati wanita separuh usia yang berjemur santai dalam burkini biru muda.

Wanita terbabit dipaksa membuka burkini tersebut sehingga nampak auratnya.

Betapapun, sangat ironis kerana larangan memakai burkini di 15 bandar di bahagian tenggara negara Perancis menjadikan jualan burkini meningkat di seluruh dunia.

Yang menarik dan pelik, seperti satu promosi percuma, peningkatan jualan burkini dibeli oleh wanita bukan Islam.

Telegraph melaporkan pada Selasa, usahawanita burkini bernama Aheda Zanetti, 48 warga Australia berkata dia menerima 60 pesanan online pada Ahad lepas, semuanya daripada wanita bukan Islam.

Zanetti mengaku sebelum ini dia hanya menerima 10-12 pesanan sahaja pada setiap hujung minggu.

Wanita keturunan Lubnan itu sudah berjaya menjual sekitar 700,000 burkini sejak 2008.

Screenshot-082416-120849-PM

Pembeli tidak hanya wanita Islam, tetapi juga penganut Yahudi, Hindu dan Kristian.

Secara relatifnya, Australia turut berdepan sentimen anti-Islam berikutan siri serangan oleh kumpulan radikal, bagaimanapun, burkini tidak menjadi bahan larangan di negara tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Isnin berkata idea mengharamkan burkini di negaranya tidak menjadi isu.

Menurutnya, rakyat Kanada perlu saling menghormati hak serta pilihan individu.

Memetik The Guardian, Trudeau berkata, sebagai negara yang menghormati hak beragama, perkara seperti itu tidak akan wujud dalam pentadbirannya.

“Di Kanada, kita sering bercakap tentang penerimaan, keterbukaan, persahabatan dan saling memahami.”

The Evening Standard pula melaporkan Datuk Bandar London, Sadiq Khan mengecam larangan ke atas wanita Muslim yang memakai burkini di Perancis.

“Saya tak katakan kami sudah sempurna, tapi salah satu kelebihan London ialah kami menghargai perbezaan, kami mengakui dan merayakan perbezaan itu,” tambah Khan.

Sementara itu, menentang keputusan Perancis melarang burkini, puluhan wanita berdemonstrasi membawa kerusi pantai, pasir dan peralatan lain untuk menganjurkan “pesta pantai” di luar kedutaan Perancis. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru