Friday, October 7, 2022

Nelayan Mukah, Oya tuntut peruntukan RM450,000 Muhyiddin pada PRK Balingian dua tahun lepas

Secara Rawak

MUKAH: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Mukah/ Oya terus menagih janji Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah meluluskan peruntukan RM450,000 untuk membeli mesin ais dan sebuah kereta pacuan roda Hilux.

Janji tersebut dibuat semasa bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PNK Mukah/Oya di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 27 Mac 2014 bersamaan musim PRK N51 Balingian.

Setelah lebih dua tahun, janji tersebut  dibangkit semula dalam Mesyuarat Bulanan Ahli Lembaga Pengarah PNK Mukah/Oya di kompleks LKIM yang sama pada Khamis, kelmarin.

Pengerusi PNK Mukah/Oya Ali Hamid berkata, persatuan belum menerima apa-apa berita tentang janji yang dibuat oleh Muhyiddin itu.

Sambil menunjukkan berita yang terpapar dalam akhbar tempatan berkaitan janji tersebut, Ali berkata usaha telah dibuat menagih janji berkenaan, tetapi belum ada perkembangan mengenainya.

Ali berkata pihaknya memerlukan mesin baharu memandangkan mesin lama berusia 20 tahun sudah lama rosak.

Sejak itu, menurut beliau, nelayan membeli ais dari pembekal swasta pada harga yang agak mahal. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru