Sunday, December 5, 2021

Malaysia kekal 20 negara di dunia paling produktif dan berdaya saing di dunia – Tee Yong

Secara Rawak

KUCHING: Malaysia kekal berada dalam kalangan 20 negara di dunia paling produktif dan berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

Menurutnya, kejayaan ini merupakan satu kebanggaan dan membuktikan usaha dan inisiatif pelaksanaan bersama di antara sektor awam dan swasta di negara ini berada pada landasan yang betul.

“Pencapaian kita ini dinilai oleh’ World Competitiveness Yearbook 2016’ yang dihasilkan oleh Institute For Management Development (IMD).

“Justeru ia merupakan penilaian yang cukup ketat dan diiktiraf di peringkat global,” jelasnya sewaktu berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen ‘Team Excellence’ Wilayah Sarawak dan Sabah anjuran Pusat Produktiviti Malaysia (MPC) di sini petang semalam.

Seramai 238 peserta dan 31 kumpulan mewakili 23 organisasi telah terlibat dalam cabaran ‘team excellence’ pada tahun ini, yang melibatkan sektor awam dan swasta dari seluruh negara.

Menerusi aktiviti yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti ini, daya saing syarikat dapat ditingkatkan melalui pengurangan kos dan mengelakkan pembaziran.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini turut membantu dari aspek penjimatan masa untuk sesuatu pelaksanaan sesuatu proses, peningkatan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan dan yang paling utama,meningkatkan kepuasan pelanggan.

“Paling menggembirakan saya, hasil kreativiti 31 kumpulan dan 23 organisasi yang bertanding ini, kita dapat menjimatkan kos yang perlu ditanggung kerajaan sebanyak RM8.1 juta,”katanya.

Menurutnya lagi, bagi memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti negara serta mengambil kira input daripada pelbagai persatuan industri, MPC telah membangunkan Blueprint Produktiviti Malaysia yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak lama lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru