Monday, August 8, 2022

Kerajaan sedia memperkasa industri nanas, gula apong di Beting Maro

Secara Rawak

PUSA: Memandangkan Beting Maro sangat berpotensi bagi pengeluaran dan memproses produk berasaskan nanas, kerajaan sedia memperkasa industri nanas di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Haji Razaili Gapor berkata Beting Maro dapat diangkat sebagai hub pengeluaran makanan.

“Kerajaan sangat menggalakkan pengusaha nanas di kawasan ini khususnya agar terus melihat ke hadapan kerana ia merupakan salah satu peluang meningkatkan pendapatan keluarga,” kata Razaili.

Semasa merasmikan Majlis Ceo In U, Strategi Perniagaan, Pemasaran dan Kewangan di Pusa pada Khamis, Razali berkata, turut menjadi perhatian di kawasan tersebut ialah penghasilan gula apong (nipah) dan produk berasaskan apong.

Jelas beliau, pihak Angkasa bersetuju membuka kilang bagi projek nanas dan kilang pemprosesan produk berasaskan apong di kawasan ini.

Razaili menganggap penganjuran seminar oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) ini, berjaya memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha menambah pengetahuan tentang pertanian serta memantapkan ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan.

Razaili mahu usahawan dan pengusaha tanaman terus menyusun strategi mengurus perniagaan agar lebih efektif. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru