Thursday, December 1, 2022

Hari ini, Mydin buka outlet Samariang, outlet Cityone dan Petra Jaya sedia beroperasi

Secara Rawak

KUCHING: Mydin membuka tiga outletnya di Kuching,Sarawak tahun ini.

Hari ini outlet Mydin di Samariang dengan pelaburan RM70 juta mula beroperasi.

Sementara, outlet Mydin di Cityone Megamall Kuching (Cityone) dengan pelaburan RM25 juta dijangka buka pada Disember ini.

Sementara, outletnya di Petra Jaya dengan nilai pelaburan RM166 juta menyusul kemudian.

Dengan beroperasinya Mydin di Sarawak, ia mampu menjana sehingga 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Pembukaan Mydin di Cityone akhir tahun ini dilihat sebagai langkah strategik bagi memenuhi perbelanjaan berhemah pengguna.

Bertempat di Cityone berlangsung majlis menandatangani perjanjian rasmi memorandum persefahaman (MoU) antara Mydin Mohamed Holdings Bhd dengan pemaju hartanah Kenbest Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Menteri, Menteri Perumahan Bandar dan Urbanisasi dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg turut menyaksikan MoU di antara Pengarah Urusan Kenbest Stephen Long dengan Pengarah Eksekutif Mydin Dato ‘Murad Ali Bin Mydin yang mewakili syarikat masing-masing.

Johari turut memuji MoU antara kedua-dua syarikat yang membawa Mydin ke Sarawak, khususnya Kuching.

Cityone dipilih sebagai cawangan kedua Mydin di Sarawak di tapak seluas 90,000 kaki persegi.

Cityone terletak di pinggir jalan protokol itu sesuai bagi pasar raya besar menawarkan pelbagai jenis barangan berkualiti pada harga borong kepada pelanggan setempat.

Abang Johari berkata Mydin mempunyai segmen pasaran khas dari segi produk berpatutan.

Beliau juga percaya apabila outlet Cityone dibuka, bersama cawangan Samariang dan Petra Jaya, ia mendapat sambutan luar biasa penduduk setempat.


Pada sidang akhbar, perancang arkitek Mydin, Hiew Hong Keat dari Keat Hiew Architect berkata Mydin sedia melabur sehingga RM500 juta dalam lima projek baru akan datang. – Sarawakvoice.com

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru