Monday, August 8, 2022

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 jamin lindungi whistle blower yang lapor rasuah

Secara Rawak

BINTULU: Pemberi maklumat atau “whistle blower” bagi salah laku jenayah rasuah dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sebarang maklumat berkaitan identiti dan jenis maklumat yang disalurkan oleh mereka tetap rahsia dan amat dilindungi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sarawak, Dato’ Badrul Shah Norman berkata, bukan sahaja agensi kerajaan, malah swasta juga perlu mempunyai saluran “whistle blower” yang membolehkan pekerja membuat aduan.

“Mana-mana syarikat swasta atau agensi kerajaan yang menandatangani Corperate Integrity Pledge (CIP) dengan SPRM, satu daripada 10 inisiatif perlu dilaksanakan oleh agensi tersebut ialah mesti mempunyai saluran ‘whistle blower’.

Bercakap dalam Dialog SPRM Sarawak Bersama Pemimpin Swasta Utama Bahagian Bintulu 2016 di Auditorium Institut Kemahiran MARA (IKM) pada Khamis Dato’ Badrul berkata, “sedangkan saya sebagai pengarah pun, tidak tahu siapa ‘whistle blower’ kerana identitinya sangat dirahsiakan,” ujarnya.

Pada majlis disertai 100 hadirin itu, Dato’ Badrul mengunjurkan statistik terlibat jenayah rasuah bagi Sarawak untuk Januari hingga Ogos ialah 64 orang berbanding 67 orang pada 2015.

Daripada jumlah itu, 34 orang pada 2016 dan

35 orang pada 2015 didakwa di bawah jenayah rasuah dengan kebanyakannya didakwa di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 iaitu menawar atau memberi suapan.

Sesi dialog anjuran SPRM Sarawak dengan kerjasama Sekretariat Pencegahan Rasuah IKM Bintulu dimoderatorkan oleh Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (Penmas) SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel.

Dua panel khas mengisi sesi dialog bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari ialah Pengarah SPRM Sarawak Dato’ Badrul Shah Norman dan Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru