Friday, September 30, 2022

Tujuh atlet negara pemenang perak Olimpik kini bergelar separa jutawan, terima RM500 ribu sebagai habuan

Secara Rawak

SEPANG: Atlet negara yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik Rio yang lalu menerima durian runtuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan habuan tambahan RM200,000.

Dengan habuan tersebut, pemenang pingat perak akan memperoleh RM500,000 manakala pemenang pingat gangsa menerima RM300,000.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan mengkaji prestasi atlet-atlet yang bertanding selain mencari kaedah untuk melonjakkan prestasi industri sukan negara,” katanya ketika majlis sambutan wira-wira Olimpik negara di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Najib menjelaskan, pencapaian atlet negara di Rio amat membanggakan, terutama dengan kejayaan mengutip perak daripada pasangan beregu Goh Liu Ying-Chan Peng Soon, Tan Wee Kiong-Goh V Shem dan Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton dan penerjun Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong dalam acara terjun papan anjal 10m wanita.

Pingat gangsa tunggal negara diperoleh daripada acara keirin, sukan berbasikal oleh anak kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang.

Lebih 1000 peminat menunggu kepulangan atlet-atlet negara itu, di mana Najib meminta semua pihak memberikan komitmen untuk melakukan perancangan dari sekarang bagi membolehkan Malaysia mencapai keputusan lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru