Friday, September 30, 2022

Jepun rancak buat persiapan Olimpik 2020

Secara Rawak

TOKYO: Selepas tirai Olimpik Rio dilabuhkan, Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, kini giliran Jepun pula untuk menyediakan keterujaan.

Negara ini yang pertama kali menganjurkan Olimpik pada 1964 sedang giat membuat persediaan rapi dan ingin muncul penganjur terbaik dan memperlihatkan prestasi cemerlang dalam kalangan atletnya.

Di Rio, Jepun meraih 41 pingat — 12 emas, 8 perak dan 21 gangsa, jumlah terbanyak yang pernah dimenanginya.

Pingat emas yang dimenangi dalam acara 4× 400 meter lari berganti-ganti lelaki disifatkan akhbar Yomiuri Shimbun semalam sebagai menakjubkan.

Pelari Ryota Yamagata, Shota Iizuka, Yoshihide Kiryu dan Aska Cambridge melakarkan sejarah yang hebat.

Di acara penutup Rio, bendera Olimpik telah diserahkan kepada Gabenor Tokyo, Yuriko Koike.

Empat tahun dari sekarang, kota 13 juta jiwa ini akan menerima kehadiran puluhan ribu atlet.

“Kami harap Jawatankuasa Olimpik Jepun dan badan sukan bertanggungjawab bagi setiap acara akan menganalisis keputusan di Rio dan ambil langkah efektif untuk memperkukuh pencapaian atlet pada 2020,” katanya.

Menurut akhbar itu, amatlah penting iktibar dan pengajaran dari Rio digunakan dalam menganjurkan acara di sini nanti.

Isu utama adalah bagaimana mengurangkan kos penganjuran.

Katanya, kerja berpasukan dalam kalangan kerajaan pusat, kerajaan metropolitan Tokyo dan Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Sukan Paralimpik amat dituntut.

Kebanyakan daripada kemudahan sukan sedia ada merupakan yang dibina bagi Olimpik 1964. Pembangunan kemudahan sukan paling dramatik sedang berlaku di Tanjung Tokyo di sini, lokasi kebanyakan acara akan diadakan.

Kawasan hijau ditimbus guna ditanam dengan pokok. Setakat ini suku daripada kawasan seluas 88 hektar siap ditanam pokok.

32677d2a-bf91-49ec-a78a-69a90bf886e4
Eko Kawaza

Pihak berkuasa tempatan turut giat menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya, Tokyo yang lebih mudah diakses dan menyiapkan kemudahan lain.

Stadium Nasional yang direka oleh pereka Iraq-British, Zaha Hadid mencetuskan kontroversi kerana dianggap menyakitkan mata tetapi dijangka siap 2019.

Satu daripada cadangan kontroversi ialah membuka kasino.

Eko Kawaza, seorang rakyat Jepun yang ditemui Sarawakvoice di sini berkata, Jepun menunggu Olimpik 2020 dengan rasa penuh teruja kerana ia merupakan satu kebanggaan baginya.

AWANG ALI BOLKIAH, Tokyo

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru