Friday, September 30, 2022

Ingat saya dan Lin Dan bercintakah?

Secara Rawak

SEPANG: “You ingat kita (ber)cintakah? Saya tidak tulis, dia (Lin Dan) pun tidak tulis. Itu repoter China sendiri tulis,” kata Datuk Lee Chong Wei semalam mengulas isu kononnya Lin Dan mengutus surat kepadanya sejurus berjaya melangkah ke perlawanan akhir acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio baru-baru ini.

Chong Wei yang menghadiri sidang media khas sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, berkata surat itu adalah satu penipuan.

Beliau malah enggan melayan kisah-kisah mengarut seperti itu, dan menafikan pernah menerima surat yang menjadi viral itu.

Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir acara perseorangan lelaki sukan badminton Olimpik setelah menewaskan seteru utamanya, Lin Dan dengan 21-15, 11-21 dan 22-20.

Beliau bagaimanapun tewas dalam saingan akhir menentang Chen Long. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru