Monday, August 15, 2022

Diplomasi anggota tentera Malaysia-Indonesia di sempadan, kukuhkan kerjasama pertahanan

Secara Rawak

KUCHING: Kesefahaman dan penyelesaian secara berhemah merupakan kaedah terbaik mengatasi masalah yang dihadapi anggota pasukan keselamatan Malaysia-Indonesia di sempadan.

14051729_663585500457266_4077110236286905344_nSemasa melakukan rondaan bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Negara Indonesia (TNI-AD) di sempadan kedua-dua negara akan timbul beberapa masalah kecil.

Tanpa memerlukan penglibatan politik kedua-dua negara, diplomasi berhemah sesama anggota tentera dapat memastikan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia sentiasa kekal dan terjamin.

Komander Briged Infantri Ketiga Malaysia Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata setiap masalah perlu ditangani dan diselesaikan dengan segera tanpa melibatkan pihak atasan.

“Ini membolehkan kita mengekalkan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan kerjasama pertahanan di sempadan kita,” kata Mohd Bustamam selepas menghadiri Mesyuarat Unit Komander (UCM) di Briged Infantri Ke-3 di Kem Penrissen pada Rabu.

Mesyuarat dihadiri kakitangan kanan TDM dan TNI-AD.

Sementara itu, TNI-AD Komando Resort Ketenteraan 121 Alam Bhana Wannawai (Korem 121 ABW) Brigadier General Widodo Iryanshah menegaskan isu berkaitan sempadan perlu diselesaikan melalui persetujuan antara kedua-dua negara.

Beliau merujuk kepada kes anggota TNI-AD yang ditempatkan di pos sempadan menggunakan laluan ladang kelapa sawit memasuki Malaysia bagi mendapatkan bahan api untuk set penjana mereka.

Justeru, anggota yang bertugas di sempadan perlu mencapai kata sepakat menyelesaikan isu kecil yang berlaku, kerana kejadian tersebut berlaku disebabkan keperluan yang mendesak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru