Wednesday, June 29, 2022

PKR Baram dakwa pekerja Semenanjung guna pas lawatan sosial kerja di pelantar minyak

Secara Rawak

MIRI: Setiausaha PKR Baram, Dennis Along mendakwa pekerja luar pantai dari Semenanjung Malaysia sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Miri, mereka terus menukar seragam rasmi (coverall) di tandas.

Pekerja luar pantai yang menggunakan pas lawatan sosial itu terus menaiki van yang sedia menunggu untuk membawa mereka ke jeti di Pulau Melayu.

Dennis mendakwa mereka bekerja dua minggu di pelantar minyak terbabit sebelum kembali semula ke Semenanjung Malaysia.

Dennis bercakap ada sidang media mengumumkan sokongan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat Petronas Carigali Operasi Sarawak (SKO) di Lutong hari ini, Rabu bermula 11 pagi.

Dennis menambah, “Kita tidak menyalahkan imigresen kerana mereka mungkin terlepas pandang taktik ini.”

Dennis berkata, PKR gembira dengan ketegasan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bertindak membekukan permohonan permit pekerja luar Petronas berkuat kuasa 7 Ogos lalu, namun usaha itu sukar menghalang mereka memasuki Sarawak.

Ini kerana Petronas melantik banyak kontraktor menawarkan khidmat kejuruteraan dan juruteknik dari Semenanjung Malaysia.

Menurut Dennis, operasi penguatkuasaan dijalankan oleh imigresen di jeti Pulau Melayu tidak mampu menyekat mereka bekerja ke luar pantai kerana mereka boleh menggunakan Pulau Labuan untuk ke pelantar di Miri dan perairan sekitar.

“Kami berharap pihak berkuasa melakukan pemeriksaan mengejut mendapatkan data dan jumlah sebenar di setiap lokasi dan pelantar minyak supaya kebenaran terbongkar,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru