Wednesday, December 7, 2022

Dua beranak antara 9 individu ditahan bermain judi haram di RH Plaza, Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Dua beranak merupakan antara sembilan tahi judi yang dicekup polis Kuching awal pagi semalam kerana terlibat dalam aktiviti judi haram di sebuah premis di RH Plaza, Jalan Lapangan Terbang Baru dekat sini.

19a5fd36-4882-4c6c-8c05-272dac22c4a7Dalam operasi khas yang dinamakan “Op Dadu” itu, pasukan siasatan jenayah IPD Kuching yang diketuai Asisten Superintendan Abdul Razak Musa telah menyerbu premis tersebut sekitar jam 12.10 pagi dan mendapati lapan individu sedang asyik dengan aktiviti judi mereka.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kesemua individu tersebut kemudian ditahan dan diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Selain dua beranak dari Taman Samar Indah yang masing-masing berusia 44 dan 18 tahun,tujuh individu lain yang berusia 40 hingga 49 tahun turut dicekup, termasuk penjaga premis.

“Polis turut merampas 20 unit komputer pelbagai jenama, 25 unit monitor, kekunci dan tetikus, selain lima router wifi sebagai bahan bukti.

“Turut dirampas wag tunai sebanyak RM 520,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 & Sek 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru