Friday, September 30, 2022

Chong Wei dapat kondo RM1.5 juta, atlet pingat emas Asean dapat penerbangan percuma AirAsia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sebagai ganjaran bagi pengorbanan dan aksi beliau di Olimpik Rio 2016, Datuk Lee Chong Wei, 32 mendapat hadiah kejutan sebuah unit kondominium bernilai RM1.5 juta.

Pengarah Urusan Chong Wei dari Orando Holdings menghadiahkan kondo eksklusif Laville dilengkapi perabot, berkeluasan 1,100 kaki persegi, mempunyai tiga bilik tidur di Taman Maluri.

Menurut Wei Cun, beberapa hari sebelum berangkat ke Olimpok Rio, Chong Wei mengunjungi bilik pameran di Cheras meninjau peluang pelaburan dalam kediaman kondominium.

Wei Cun juga berkata, mereka mempertimbangkan untuk membina gelanggang badminton yang diberi nama sempena Datuk Lee Chong Wei.

Wei Chun berkata beliau berhasrat menghadiahkan Chong Wei satu unit kondo sebelum beliau berklepas ke Brazil lagi.

“Saya secara sukarela melakukannya. Saya tunggu sehingga dia habis bermain di Olimpik dan beritahunya kemudian.

“Saya mahu berikan kejutan. Dia telah banyak menyumbang untuk negara,” kata Wei Chun.

Kondominium setinggi 38 tingkat itu dijangka siap pada 2020.

Unit yang dihadiahkan kepada Chong Wei menghadap Kuala Lumpur City Centre.

Selain itu, Chong Wei bakal menerima ganjaran RM637,888 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan kerusi urut Osim uDiva Classic.

Beliau juga akan menerima pencen bulanan sebanyak RM3,000 seumur hidup.

Sementara, dalam perkembangan lain, AirAsia Bhd turut bersedia memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.

Dalam kenyataan pada Rabu, AirAsia berkata atlet Asean yang memenangi pingat perak dan gangsa turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh lima dan dua tahun.

Atlet yang layak boleh terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Mereka menunjukkan bukan sahaja boleh bersaing, bahkan cemerlang di pertandingan peringkat tinggi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru