Friday, October 7, 2022

Abang ipar tiri bunuh Edrus ke mahkamah hari ini, budak dilari penjenayah ditemui

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Abang ipar tiri, suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak, Noor Amila Edrus Norsham, 5 baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majstret untuk dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya Munusamy dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, dalam perkembangan lain di Johor Bahru, kanak-kanak lelaki yang dilarikan dua individu tidak dikenali di Taman Melodies Sabtu lepas, ditemui selamat oleh orang awam pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kanak-kanak enam tahun itu ditinggalkan suspek di taman permainan kanak-kanak di Teluk Danga.

Sabtu lalu, polis menerima laporan kenderaan BMW yang terdapat kanak-kanak di dalamnya dilarikan dua suspek.

Kenderaan tersebut turut ditemu semula di jalan dekat Skudai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru