Wednesday, June 29, 2022

RM3,000 pendapatan untuk layak mohon rumah PPR

Secara Rawak

PARIT: Pendapatan isi rumah bagi memohon kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dicadangkan sama dengan jumlah pendapatan penerima BR1M, maka perlu dinaikkan daripada RM2,500 ketika ini kepada RM3,000.

rumah-pprAntara syarat layak memohon BR1M bagi individu yang menjadi ketua kepada isi rumah adalah mempunyai pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, kadar baharu yang dicadangkan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan untuk kelulusan

Kenaikan had kelayakan pendapatan ini selaras dengan had kelayakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemilikan kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.

Katanya, kenaikan had kelayakan pendapatan itu juga memudahkan pihaknya melakukan semakan terhadap permohonan PPR.

Malah Noh berkata, jika pemohon didapati sebagai penerima BR1M dan tidak memiliki rumah, peluang pemohon lebih cerah untuk diluluskan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah PPR Seri Iskandar bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dekat sini semalam.

Dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan para pemohon supaya tidak terpedaya dengan ejen atau orang tengah yang cuba menggunakan pelbagai cara untuk menipu pemohon.

“Rumah PPR tiada ejen, datang sendiri ambil borang di pejabat yang berkenaan, jangan sesekali melalui orang tengah nanti ada yang akan menaikkan harga,” katanya.

Noh berkata adalah penting memberi kelulusan hanya kepada pemohon yang layak kerana kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM120,000 untuk seunit rumah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru