Friday, September 30, 2022

Malaysia Airlines tawar tambang promosi ke pelbagai destinasi domestik, antarabangsa

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan tiket promosi dengan harga yang menarik ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa mulai hari ini.

Promosi ‘Here, There, Everywhere’ didatangkan dengan pelbagai keistimewaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew dalam satu kenyataan berkata, “Semua tambang kami didatangkan dengan peruntukan bagasi percuma, makanan hebat, caj kad kredit percuma dan tiada tambahan tersembunyi.”

Tawaran istimewa ini adalah bagi perjalanan mulai 2 September 2016 hingga 8 Mac 2017. Bagi menikmati promosi ini, para pelanggan boleh menempah tiket melalui ejen pelancongan, aplikasi MHmobil, pusat panggilan di talian 1300 88 3000 atau melayari laman web www.malaysia-airlines.com.

Syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London dari RM999 sehala, Hong Kong dari RM339 sehala dan Perth RM379 sehala.

Bagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai dari RM279 sehala dan dari Tokyo RM499 sehala.

Bagi destinasi domestik harga yang ditawarkan ialah RM99 sehala. Tawaran ini tamat tengah malam esok. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru