Tuesday, September 27, 2022

Lelaki telan 40 bilah pisau dibedah lima orang doktor

Secara Rawak

AMRITSAR: Anda pernah mendengar orang makan batu, jarum, kaca atau pasir dan benda-benda pelik lain, sebelum ini?

Di negara 1.2 bilion penduduk, India, dalam kes yang jarang-jarang berlaku, seorang lelaki mengaku makan lebih 40 bilah pisau kerana gemar makannya.

Pengarah Urusan Hospital Korporat di Amritsar, Dr Jatinder Malhotra berkata, lelaki berkenaan seorang konstabel polis terpaksa ditahan di hospital kerana mengadu sakit perut dan berada dalam keadaan lemah.

Pesakit berkenaan dikatakan menelan 40 bilah pisau pelbagai bentuk dalam tempoh dua bulan. Ada daripadanya pisau yang patah dan berkarat, serta berukuran tujuh inci.

“Saya rasa seperti mahu makan pisau dan saya memakannya,” ujar lelaki itu.

Kaedah imbasan x-ray digunakan untuk mengenal pasti apa objek dalam perut lelaki berkenaan yang melalui proses pembedahan selama dua hari yang dilakukan sepasukan lima orang doktor.

Selepas pembedahan lelaki itu bercakap kepada media’ “Saya tidak akan lakukan perkara yang sama lagi. Saya insan baharu sekarang.”

“Saya tak tahu mengapa saya menelan pisau. Saya seronok menikmatinya dan menjadi ketagih…sama seperti orang ketagih alkohol dan benda lain, keadaan saya sama seperti mereka,” katanya.

“Dalam 20 tahun pengalaman saya sebagai doktor, ini pertama kali saya mengalami kes seperti ini,” kata seorang doktor seperti dipetik The Times of India.

Masih tidak diketahui, sebab lelaki berkenaan mempunyai keinginan makan objek berkenaan, tetapi keinginannya itu boleh dikategorikan sebagai gangguan Pica. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru