Sunday, January 23, 2022

Lelaki maut ketika selenggara lif

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang penyelenggara lif maut selepas dipercayai tergelincir ketika membaiki lif di Pangsapuri Bukit Awansari, Taman Yarl, Jalan Klang Lama, di sini hari ini.

14051717_1103756816380487_3834251082357045311_nJurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu berada di atas lif di aras sembilan bangunan 14 tingkat itu.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas terjatuh ke aras bawah bangunan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” kata jurucakap itu kepada pemberita.

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 3.37 petang dan tiba kira-kira 10 minit kemudian di lokasi kejadian. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru