Tuesday, December 6, 2022

Lagi mangsa mati dibaham buaya di Marudi

Secara Rawak

MARUDI: Mangsa serangan buaya, Chuat anak Andom dari Rh Sogan Ulu Niah, Miri mandi bersama rakan sekitar 1 petang Sabtu lepas di belakang bot tunda di jeti Ladang Origrow Venture Sdn Bhd, tempat dia bekerja.

Ketika mandi, rakannya mendapati Chuat tiba-tiba hilang di sebalik riak buih air yang keluar dari dasar sungai.

Rakan mengesyaki Chuat diserang buaya, lalu meminta bantuan daripada penduduk berhampiran seterusnya menghubungi pihak berkuasa.

Serentak dengan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancar melibatkan anggota polis Marudi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi, pihak majikan tempat mangsa bekerja dan ahli keluarga mangsa.

Pasukan SAR yang meneruskan pencarian sehingga Ahad menemui mayat mangsa terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dia hilang sekitar 8.15 pagi.

Mayat Chuat dibawa ke Hospital Miri bagi tujuan bedah siasat dan pihak keluarga mengesahkan mayat tersebut milik anak mereka.

Ketua Polis Daerah Baram DSP Gabriel Risut ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, ini merupakan kejadian kali ketiga serangan buaya ganas di Beluru dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Polis mengadakan mesyuarat bersama pihak berwajib bertujuan mengurangkan jumlah reptilia yang semakin banyak mengancam bukan sahaja nyawa manusia tetapi juga binatang peliharaan milik penduduk kampung.

Gabriel turut menasihati orang ramai yang menjadikan air sungai sebaga sumber kegunaan harian agar sentiasa waspada. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru