Friday, September 30, 2022

Hero Malaysia raih pingat di Rio akan terima ganjaran jutaan ringgit

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Pecahkan ruyung untuk mendapatkan sagunya.

Screen Shot 2016-08-22 at 16.57.53Bekerja kuat, berkorban, dan akhirnya raihkan kejayaan.

Itulah yang dilakukan oleh atlet negara yang berjaya di Olimpik Rio.

Atas kejayaan mereka merangkul pingat di acara sukan berprestij dunia itu, mereka akan menerima ganjaran.

Dalam sekelip mata mereka menjadi jutawan.

Mereka bukan sahaja atlet, tetapi wira yang perlu menjadi suri teladan atau contoh terbaik generasi muda. Jika hendak berjaya, perlu komited dan sedia berkorban, tidak kira dalam bidang apa.

Atlet berkenaan, Goh V Shem and Tan Wee Kiong menurut The Star hari ini, dijangka akan menerima RM300,000 di bawah skim ganjaran Majlis Sukan Negara  (MSN) dan RM375,000 daripada persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang akan dikongsi oleh mereka.

Pasangan regu itu  masing-masingnya akan juga menerima  Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium berharga  RM79,900,  seunit  tempat kediaman di JL99’s LakePark Residence bernilai sekurang-kurangnya RM500,000 dan kerusi urut Osim uDiva Classic berharga RM7,988.

Keseluruhannya, mereka akan menerima RM1.85mil seorang.

Regu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, yang turut menerima pingat perak akan menerima ganjaran serupa.

Selain itu, mereka turut menerima RM50,000 daripada kerajaan negeri Melaka, RM60,000  daripada XOX Bhd, serta menerima sebuah Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan kerusi urut Osim uDiva Classic.

Chan akan juga menerima RM100,000  daripada kerajaan Pulau Pinang, dan RM50,000  daripada pengasas Kumpulan Hunza, Datuk Seri Khor Teng Tong.

Goh  akan juga menerima  RM25,000 daripada kerajaan Pulau Pinang, membawa ganjaran keseluruhan berjumlah RM1.135 juta.

Bagi pemain badminton handalan, Datuk Lee Chong Wei,  beliau akan menerima RM637,888,  iaitu RM300,000  daripada MSN, RM250,000 daripada BAM,  sebuah Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan kerusi Osim uDiva Classic.

Beliau juga akan menerima elaun sepanjang hayat berjumlah RM3,000.

Penerjun  Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, yang mendapat pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita, akan menerima RM475,776 dalam bentuk tunai dan juga ganjaran lain, selain menerima elaun sepanjang hayat sebanyak RM3, 000.

Bagi pemenang pingat gangsa  dalam acara keirin, Azizulhasni Awang akan menerima  sejumlah RM265,506 – RM100,000 daripada MSN, RM100,000 daripada Yayasan Sime Darby, sebuah Proton Iriz 1.6L premium bernilai RM62,030 dan kerusi urut  Osim uCaress 3D.

Beliau turut menerima elaun sepanjang hayat berjumlah RM2,000. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru