Wednesday, June 29, 2022

Belanjawan 2017: Kerajaan Pusat hulurkan bajet besar untuk pembangunan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan sedia mengambil langkah proaktif demi membangunkan kawasan luar bandar, terutama bagi kawasan berpotensi ekonomi.

Penekanan diperuntukkan untuk membangun prasarana seperti jalan raya, parit, telekomunikasi serta projek bekalan elektrik dan air bertujuan meningkatkan kualiti hidup dan juga menarik lebih banyak pelaburan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong berkata ini membolehkan kawasan luar bandar setara kawasan bandar dari segi pembangunan.

Beliau menegaskan selaras usaha negara ke arah negara berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020, Kerajaan Pusat sedia memberi keutamaan kepada pembangunan Sarawak untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial.

Dalam ucapan perasmian beliau mempengerusikan Bajet 2017 untuk mesyuarat kumpulan “Pembangunan Sarawak” di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Menurut Lee melalui Bajet 2016, kerajaan memperuntukkan RM29.2 bilion untuk program pembangunan Sarawak dan Sabah, termasuk Lebuh Raya Pan Borneo.

Lebuh raya bebas tol 1,089 km mampu meningkatkan perhubungan dan menutup jurang antara kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak.

Selain itu, 70,000 kilometer persegi Sarawak Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) menyediakan 1.6 juta pekerjaan tambahan di kawasan perindustrian.

Menurut beliau pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) disampaikan kepada lebih 700,000 penerima, berjumlah hampir RM550 juta pada 2016

Lee membayangkan 2016 merupakan tahun yang utama bukan sahaja untuk Sarawak, tetapi negara ini secara keseluruhannya kerana ia merupakan tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Untuk tempoh lima tahun, ekonomi Sarawak mencatat pertumbuhan positif dan membuat sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia.
KDNK Sarawak (Keluaran Dalam Negara Kasar) mencatat pertumbuhan kukuh 10 peratus sejak 2010 yang disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan dan kuari serta industri pertanian.

Pengembangan ekonomi Sarawak didorong oleh pelaburan modal yang besar berjumlah RM44.6 bilion, daripada 2011 sehingga Mac 2016.
Ternyata Sarawak menerima peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat untuk membangunkan lagi ekonomi.

“Dari 2010 hingga 2014, Sarawak menerima RM57 bilion yang terdiri daripada perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan geran,” kata Lee.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru