Friday, October 7, 2022

Sepasang kekasih tidur di atas mayat tomboy semalaman

Secara Rawak

PATTAYA: Sepasang kekasih mendaftar masuk bilik sebuah hotel di Soi Buakhai, Pattaya, Thailand pada Jumaat malam, minggu lepas.

Awalnya mereka tercium bau busuk lalu meminta staf hotel menyembur penyegar wangian.

Screen Shot 2016-08-22 at 09.36.36

Setelah bau busuk mula reda, sepasang kekasih ini bermalam di bilik hotel tersebut.

Seperti dilaporkan Asian Correspondent pada Ahad, paginya ketika petugas membersihkan bilik tersebut, dia mengeluh hal yang sama.

Petugas mula curiga apabila terlihat kesan darah dari bawah tempat tidur lalu melaporkannya kepada pengurus hotel.

Hal ini sampai ke pengetahuan pihak polis setempat.

Semasa pemeriksaan, polis terkejut apabila menemui terdapat mayat wanita transgender di bawah tempat tidur.

Mangsa dijangka meninggal dunia sekitar tiga atau empat hari sebelumnya.

Jasad transgender itu dibawa ke bahagian perubatan terdekat untuk bedah siasat serta mengetahui identiti mangsa.

Pengurus hotel memberitahu pada Selasa, dua lelaki telah mendaftar masuk di bilik hotel tersebut.

Pada Khamis, mereka membawa masuk wanita transgender menjadi tetamu dan pada hari yang sama mereka keluar hotel tanpa bersama tetamunya itu.

Kini, polis memburu kedua-dua suspek.

Menurut ketua polis Pattaya, Apichai Kropphet pihaknya mengenal pasti kedua-dua suspek melalui rakaman CCTV dan sedang mencari bukti lain. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru