Monday, August 15, 2022

Sekolah perlu berani minta wakil rakyat bantu tingkatkan pembangunannya

Secara Rawak

MIRI: Pihak sekolah tidak perlu teragak-agak menjemput wakil rakyat di kawasan masing-masing menghadiri program penting demi bersama membantu mempertingkat pembangunan sekolah.

Dr Abdul Rahman Ismail -0000Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat Dr Abdul Rahman Ismail berkata, menjadi tugas wakil rakyat untuk membantu rakyat di kawasannya.

Pada masa yang sama, ahli politik juga memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah untuk menambah keperluan sekolah.

“Kalau kita tak jemput, kita rugi. Kita tak boleh hanya bergantung kepada kerajaan menyalur dana bagi pembangunan kemudahan di sekolah kerana kerajaan mempunyai peruntukan terhad untuk menampung sekolah seluruh negara,” katanya.

Abdul Rahman berkata, kerjasama antara sekolah dan wakil rakyat bukan sahaja membantu meningkatkan kemajuan sekolah tetapi dapat mengetahui masalah sekolah di peringkat akar umbi.

“Jangan takut menjemput wakil rakyat menghadiri majlis di sekolah kerana saya yakin semuanya prihatin terhadap pembangunan pendidikan sekolah,” ujar beliau pada Malam Citra Gemala Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Luar Bandar di hotel terkemuka pada Sabtu malam.

Abdul Rahman ADUN Bukit Kota berkata, kerjasama terbabit menjadi cabaran kepada wakil rakyat yang jika dilakukan secara konsisten ia akan membuahkan hasil.

Beliau turut memuji usaha gigih PIBG membantu mengumpul dana bagi kegunaan sekolah.

“Usaha inilah kita mahukan kerana melalui usaha dan kerjasama sebegini, anak kita dapat menimba ilmu dengan keadaan lebih selesa.

Beliau berkata, peranan PIBG yang aktif membantu sekolah dapat menjadikan prestasi sekolah cemerlang akademik dan bukan akademiknya.

Dengan terdapatnya pelbagai kemudahan di sekolah, suasana pembelajaran lebih selesa dan ini membantu meningkatkan semangat pelajar di kalangan pekajar

Abdul Rahman turut menyumbang peruntukan RM20,000 bagi kegunaan sekolah.
Pihak sekolah juga menerima geran terkumpul bernilai RM16,000 daripada beberapa tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru