Monday, August 8, 2022

Polis cekup lelaki pecah rumah di PJ, penceroboh di Jln Foochow dan perompak siang hari di Sibu

Secara Rawak

KUCHING: Mungkin kerana tamak, lelaki berusia 26 tahun yang melakukan jenayah pecah rumah pada subuh hari, kembali semula ke lokasi yang sama pada 8.30 pagi, memudahkan polis menangkapnya.

Dalam kejadian 5.20 pagi, suspek bersama seorang rakan memecah masuk rumah tersebut ketika tuannya nyenyak tidur di Jalan Siol Kandis di Petra Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek membawa parang lalu mengacu ke arah mangsa sebelum melarikan beg mengandungi RM450.

“Pada 8.30 pagi ketika pengadu dalam perjalanan ke tempat kerja, dia terlihat salah seorang suspek yang sama datang semula ke rumahnya dan menendang pintu rumah.”

Suspek yang berasal dari Kampung Panglima Seman Lama, Petra Jaya dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.

Di Sibu, tiga lelaki merompak pada siang hari barangan dan wang bernilai lebih RM53,000 di sebuah rumah di Jalan Bintangor Rabu lalu.

Polis berjaya menangkap dua lelaki pada Ahad untuk direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes ini.

Rabu lepas, sekitar 8 pagi, tiga penjenayah membuka pagar berkunci dengan alat logam lalu menangkap penghuni rumah, wanita berusia 72 tahun.

Salah seorang suspek dikatakan menarik rambut mangsa sambil memberi amaran agar diam.

Suspek naik ke tingkat atas dan megambil barangan berharga.

Mangsa menghubungi ahli keluarganya selepas suspek melarikan diri.

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan 72 jam selepas kejadian. Seorang lagi suspek masih bebas.

Dalam kes lain di Jalan Foochow di Kuching, seorang lelaki berusia 39 tahun yang didakwa menceroboh kediaman ditahan.

Insiden disaksikan penghuni kawasan terbabit yang kemudiannya menghubungi polis.

Tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berada berhampiran lokasi berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Unit Polis Peronda untuk dibawa ke balai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru