Monday, August 8, 2022

Dua guru maut, lapan diselamatkan dalam kemalangan bot karam

Secara Rawak

KOTA BELUD: Dua guru maut, sementara seorang lagi guru bersama lima murid dan dua kru bot terselamat dalam kemalangan bot di muara sungai Rampayan Laut pada 3.40 petang Ahad.

Ketika kejadian jam 3.40 petang, kedua-dua mangsa yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mantanani bersama seorang lagi guru, lima murid dan dua kru bot dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Sungai Rampayani menuju Pulau Mantanani untuk sesi persekolahan pada Isnin.

Semua mangsa yang selamat ditolong oleh penduduk kampung sebaik sahaja bot mereka karam.

Guru lelaki, Limun Gamburud yang hilang semasa kejadian ditemui lemas di Kuala Rampayan Laut.

Manakala, guru wanita, Kamariah Hamdan, 47 dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju hospital.

“Laporan awal mendapati bot menuju Pulau Mantanani dilaporkan karam dan terdapat 10 mangsa berada di atas bot berkenaan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman.

Ahli keluarga mangsa bot karam memenuhi pekarangan Unit kecemasan Hospital Kota Belud. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru