Wednesday, June 29, 2022

82,012 rumah untuk penjawat awam

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah meluluskan kira-kira 82,012 unit rumah di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara sehingga hari ini.

Screen Shot 2016-08-22 at 17.37.47“Saya berharap, semua penjawat awam merebut peluang ini untuk memiliki kediaman untuk keluarga anda. Lawat laman web rasmi PPA1M (https://www.ppa1m.gov.my/project/list) untuk melihat senarai projek dan memohon rumah anda hari ini,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam catatan Facebook dan Twitternya, hari ini.

Najib menjelaskan, matlamat beliau ketika mengumumkan inisiatif projek tersebut adalah untuk memastikan penjawat awam memiliki rumah idaman mereka.

Pada Oktober lepas, ketika membentangkan Bajet 2016, Najib mengumumkan sebanyak 100,000 unit PPA1M akan dibina menjelang 2018 dengan harga antara RM90,000 dan RM300,000. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru