Monday, August 8, 2022

Jangan sembunyikan kes penagihan dadah di sekolah, laporkan kepada AADK

Secara Rawak

MIRI: Tindakan pihak sekolah seperti menyembunyikan kes penagihan dadah di kalangan pelajar seumpama melindungi penagih dan ia perbuatan tidak wajar.

Datuk Mohd Yunus PathiYang Di Pertua Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata pihak sekolah mengambil pendekatan yang salah dengan menyembunyikan kes ketagihan dadah pelajarnya semata-mata mahu menjaga reputasi dan imej.

Mohd Yunus berkata, “Saya menggesa pihak sekolah melaporkan gejala penagihan dadah di kalangan pelajar kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan bukan bertindak melindungingi dan menyembunyikan kes berkenaan,” tegasnya.

Selepas menyampaikan ceramah beliau di Seminar Seminar Masih Ada Yang Sayang, Mohd Yunus berkata terdapat pelajar yang mendapat bekalan dadah dari pihak luar, justeru pemeriksaan mengejut ke sekolah penting untuk mengesan pelajar yang menagih dadah.

Terdapat bekalan dadah dibawa masuk oleh pelajar asing yang menggunakan visa pelajar ke negara ini seterusnya menjualkannya kepada pengedar sebelum dijual ke sekolah-sekolah.

Pihak guru tidak perlu melindungi pelajar yang menagih dadah kerana ia umpama menggalakkan virus dadah merebak dan menjangkiti pelajar lain.

Bagi Mohd Yunus, tindakan buang sekolah sahaja tidak cukup untuk menghukum pelajar penagih ini, sebaliknya pihak sekolah perlu bekerjasama dengan agensi berkaitan, mencari jalan bagi membantu pelajar bermasalah ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru