Wednesday, June 29, 2022

Dengan keluasan tanah, S’wak patut esport banyak produk makanan

Secara Rawak

KAPIT: Sarawak hanya mengeksport produk makanan bernilai RM1.16 bilion produk makanan berbanding mengimport sebanyak RM4.26 bilion.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melihat ketidakseimbangan dan defisit besar ini memerlukan lebih banyak usaha diperlukan bagi mengurangkan jumlah import produk makanan bagi keperluan penduduk semasa.

14089273_640118356157675_9200957773821623643_n

Bercakap di Majlis Penghargaan Jabatan Pertanian Sarawak di Dewan Suarah Kapit pada Sabtu, Uggah berharap dengan keluasan Negeri Sarawak, Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Desa dapat berusaha mengubah ekonomi luar bandar melalui pelbagai inisiatif.

Uggah menggariskan hala tuju strategik bagi mengatasi ketidakseimbangan import-eksport ini.

Ini termasuklah penubuhan program Strategik Ekonomi Desa “Task Force” dengan memberi tumpuan kepada buah-buahan jenis berbuah rendah dan rangkaian pemasaran serta meningkatkan kerjasama dengan agensi seperti FAMA.

“Majlis tempatan dan sektor swasta juga harus menyediakan ‘outlet’ pasaran petani, pengezonan kawasan pertanian mengikut komoditi bagi meningkatkan pengkomersilan dan menggalak penglibatan sektor swasta,” jelas Uggah.

Selain itu, pembangunan pelan induk industri kelapa sawit dan getah serta hala tuju masa depan minyak sawit dan getah perlu diperhalusi bagi pertumbuhan mapan.

“Pertanian turut dirangka bagi memainkan peranan lebih besar dari segi pengeluaran dan pemasaran (Satu Daerah Satu Industri),” katanya.

Dalam pada itu, pangkalan data pertanian perancangan, pemantauan, penilaian projek pembangunan serta meningkatkan keupayaan organisasi serta penyusunan semula Jabatan Pertanian perlu dilaksanakan.

Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Kapit sebelum ini memperuntukkan RM68 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi tujuan pembangunan ternakan dan pertanian.
Program ini memberi manfaat kepada 5,200 petani.

Uggas memuji jabatan atas kejayaan melaksanakan pelbagai projek termasuk tanaman getah meliputi kawasan 2,286 hektar melibatkan 69 kampung dan memberi manfaat kepada 1,363 keluarga petani dari 2012 hingga 2016.

Selain itu, peruntukan RM26.25 juta di bawah 1 AZAM memberi manfaat kepada 2,398 peserta dari 2011 hingga 2015.

Peruntukan RM473,520 memberi manfaat kepada 191 peserta di bawah projek Ladang Kontrak.

Sebanyak 75 projek di bawah akuakultur, pemulihan kehidupan dan pembangunan modal insan turut memberi manfaat kepada 353 isi rumah.

Hal ini melibatkan tujuh kampung di kawasan penempatan semula di Murum dan penyediaan industri asas tani memberi manfaat kepada 393 peserta. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru