Wednesday, June 29, 2022

Syarikat minyak Thailand akan terokai minyak di perairan Sarawak: Tahukah kerajaan negeri Sarawak?

Secara Rawak

KUCHING: Syarikat penerokaan minyak dan gas Thailand yang tubuhkan pada 1985, PTT Exploration and Production (PTTEP) telah mendapat hak untuk menerokai sumber minyak di pesisir pantai Sarawak, menurut ketua pegawai eksekutifnya, Somporn Vongvuthipornchai.

PTTEP Offshore LtdAkhbar Bangkok Post baru-baru ini melaporkan, survei seismik serta penerokaan akan dilakukan untuk tempoh tiga tahun.

PTTEP Offshore Ltd, anak syarikat PTTEP; KUFPEC Malaysia dan Petronas Carigali telah memeterai perjanjian bagi kontrak pengeluaran dengan Petronas bagi penggalian Blok SK410B.

“Malaysia terkenal sebagai kawasan yang mempunyai potensi tinggi dari segi petroleum di Asia Tenggara. Dari 2011-15, minyak dan gas ditemui secara berterusan dan SK410B terletak di kawasan yang mempunyai jumlah gas asli yang banyak,” kata Somporn sebagaimana dipetik akhbar yang berpangkalan di Bangkok itu.

PTTEP akan menjadi operator penggalian Blok SK410B, yang terletak di kawasan air cetek di pesisiran Sarawak.

Laporan itu turut menyebut, PTTEP HK Offshore Limited akan memegang 42.5%, sementara rakannaya KUFPEC dan Petronas Carigali akan memegang 42.5% dan 15% masing-masingnya, kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How dalam satu kenyataan semalam ingin tahu sama ada keputusan oleh Petronas itu dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri Sarawak.

Beliau menyifatkan Petronas bersikap tidak adil dan telus dengan Sarawak berkaitan operasi di negeri itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru