Friday, September 30, 2022

Penonton perlawanan akhir badminton, awasi denyutan nadi anda malam ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Pertandingan akhir badminton di Rio malam ini dijangka begitu dramatik dan mendebarkan.

Jika pemain di atas gelanggang badminton bertarung sengit, para penonton di rumah pula mengalami saat-saat mendebarkan.

Bukan tidak pernah ada yang mati diserang sakit jantung ketika menonton perlawanan sedemikian.

Pada malam Jumaat,  Lee Chong Wei menumpaskan, Lin Dan dari China dalam aksi separuh akhir yang begitu dramatik dan mendebarkan.

Beliau menang 15-21, 21-11, 22-20 dalam masa 79 minit untuk mara ke final bertemu Chen Long pada malam Sabtu.

Mungkin menyedari hakikat demikian, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan berunsur nasihat mengenai penjagaan kardiovaskular menjelang aksi penting itu yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya pagi Sabtu.

Dalam kenyataan itu, rakyat Malaysia yang mempunyai masalah jantung dinasihati supaya memeriksa tekanan darah dan memantau denyutan nadi semasa perlawanan itu.

“Rakyat Malaysia terutamanya warga emas, sila buat persediaan berikut apabila anda menyaksikan Malaysia bersaing merebut EMAS,” demikian menurut kenyataan itu.

Penonton  juga diingatkan agar berada dekat dengan kemudahan telefon bagi menghubungi 999 sekiranya berlakunya kecemasan.

Namun, kenyataan itu sudah ditarik balik. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru