Saturday, May 21, 2022

Suspek kes bunuh Bill Kayong direman 5 hari

Secara Rawak

MIRI: Seorang pembantu peribadi kepada seorang Datuk, ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada 21 Jun lepas.

Timbalan Pendaftar, Mohd Hafizi Abdul Halim membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan oleh Asisten Superintendan Soliment Nyian di Mahkamah Majistret Miri.

Memakai pakaian lokap berwarna oren, suspek yang berusia 50 tahun, menyerah diri pada 4.50 petang semalam di Balai Polis Miri, kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah menjelaskan kepadanya dalam bahasa Cina mengenai permohonan perintah tahanan reman itu.

Suspek diwakili peguam David Kuok.

Kayong, 43, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, ditembak mati dalam Toyota Hilux kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun, di persimpangan lampu isyarat di Lutong dekat pasar raya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru