Friday, December 2, 2022

PKR minta Ku Nan, Datuk Bandar KL isytiharkan harta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Isytiharkan harta kepada rakyat dengan kadar segera sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Fahmi Fadzil-0000Demikian gesaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Abd Aziz.

Tindakan itu kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dapat menjadi contoh kepada pegawai organisasi terbabit.

“Sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan dan urus tadbir yang baik di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya menggesa mereka untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada rakyat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pihak seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pernah membangkitkan keperluan mengkaji semula sistem pengisytiharan harta bukan sahaja untuk menteri,  malah juga pegawai kerajaan, namun tidak pasti sama ada idea mereka diterima atau diamalkan oleh pihak berkenaan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga orang pegawai kanan, termasuk seorang pegawai tinggi DBKL bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru