Wednesday, December 7, 2022

Kini parti komponen BN Sarawak sekadar hiasan, dakwa Chong

Secara Rawak

KUCHING: Adakah pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) gembira dengan tindakan Parti Pesaka Bumiptera Bersatu (PBB) menerima lima orang wakil rakyat? Apakah implikasi dan kesannya terhadap politik Sarawak pada jangka panjang?

Hakikatnya, dalam sejarah politik Sarawak, jumlah kerusi dan wakil rakyat PBB sentiasa meningkat, termasuk apabila terdapat proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kini, dengan kemasukan lima Adun terbabit, PBB semakin dominan dan menguasai BN.

Namun presidennya Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk bersikap adil terhadap  parti komponen – PRS, SUPP dan SPDP.

Sebelum ini, ketiga-tiga pemimpin terbabit tidak berkenan dengan langkah PBB mahu menerima kesemua sembilan orang Adun berkenaan.

Mungkinkah disebabkan tekanan dan menyedari risikonya, PBB tidak lagi menerima sembilan orang Adun yang memohon untuk menyertainya? Maka, tiga orang wakil rakyat dari UPP telah diminta untuk kembali ke pangkuan parti asal itu?

Banyak sandiwara dan perundingan yang berlaku di belakang tabir.

Apa jadi dengan usaha wakil rakyat berkenaan yang diminta untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan akar umbi? Kenyataan mereka bertukar-tukar.

Jika tidak silap, sebelum ini ada yang mengatakan pengundi dan penyokong akar umbi bersetuju mereka menyertai PBB. Tetapi kenapa berubah pendirian sekarang?

Memang menarik untuk melihat dan memantau gelagat pemimpin politik. Akhirnya, kepentingan siapa yang utama: kepentingan diri atau rakyat?

Setidak-tidaknya bagi DAP, parti kecil dalam BN kini sudah menjadi tidak relevan.

PBB  kini mempunyai 45 Adun daripada 82 Adun dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Maksudnya, melebihi 50 peratus daripada keseluruhan Adun yang ada. Implikasnya mereka boleh memerintah tanpa pun perlu bekerjasama dengan SUPP, PRS dan SPDP.

Presiden PRS Dr James Jemut Masing dan Presiden SPDP Tiong King Sing sebelum ini menegaskan bahawa, PBB seharusnya akur kepada perjanjian tidak bertulis bahawa ia tidak akan menguasai lebih daripada setengah kerusi DUN Sarawak.

 

Pengerusi DAP negeri berkata, langkah diambil parti tulang belakang BN Sarawak itu bertentangan daripada tradisi, iaitu mana-mana parti tidak boleh mempunyai majoriti mutlak.

“Sebelum ini, parti komponen akur kepada pengerusi PBB, tetapi setidak-tidaknya ada perkongsian kuasa,”’ katanya dalam satu kenyataan.

Namun, dakwa Chong yang juga Adun Kota Sentosa, parti terbabit kini tidak lebih sebagai hiasan sahaja.

Chong mengingatkan bahawa sebelum pilihan raya negeri pada 7 Mei, Adenan telah berjanji, PBB akan mengekalkan jumlah kerusinya.

“Sekarang hanya tiga bulan selepas pilihan raya, beliau telah tidak mengotakan janjinya itu,” katanya di satu majlis di sini semalam.

Menurut Chong, yang lebih mendukacitakan lagi ialah, tiada satu pun parti komponen BN Sarawak, terutama SUPP, bersuara walau Adenan melanggar janjinya sendiri, dan mengetepikan tradisi BN Sarawak.

Sampai bilakah parti komponen akan berdiam diri? Atau mereka hanya merungut di belakang Adenan yang tegas dan lantang itu?

Mereka tidak berani bersuara di hadapan Adenan. Di mana Masing yang berani dan lantang? Adakah beliau sudah hilang taring? – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru