Sunday, August 14, 2022

Bekas Menteri hilang kerakyatan, kini tanpa negara

Secara Rawak

JAKARTA: Arcandra Tahar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Indonesia, tidak menyangka dia hanya menjadi menteri untuk tempoh kurang sebulan.

Screen Shot 2016-08-19 at 15.00.48Beliau yang dilantik pada 27 Julai lalu oleh Presiden Joko Widodo  dipecat daripada kabinet Isnin lalu.

Ini susulan pendedahan oleh media Indonesia tentang status dwikerakyatan beliau dua minggu lalu.

Arcandra dipecat selepas pendedahan turut memegang pasport Amerika Syarikat (AS).

Indonesia melarang rakyatnya memegang dua kerakyatan.

Lebih malang, kini Arcandra tiada kerakyatan.

Undang-undang Amerika  melarang rakyatnya memegang jawatan awam atau politik di negara lain.

Freddy Haris, pengarah pentadbiran undang-undang Kementerian Perundangan, sebagaimana dipetik agensi berita Antara berkata, Arcandra secara automatik bakal ditarik balik pasport Indonesia ekoran pendedahan itu.

Bukan mudah bagi Arcandra untuk mendapatkan balik kewarganegaraannya kini perlu melalui proses memohon semula kewarganegaraan asalnya meskipun difahamkan kelonggaran diberikan kepada mereka yang pernah berbakti kepada negara.

Kini, Jokowi sedang giat mencari pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Arcandra. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru