Thursday, August 18, 2022

Adik maut abang pengsan dilanggar lori dari belakang

Secara Rawak

KUCHING: Seorang abang tidak sedar bahawa adiknya maut apabila kedua-duanya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Setia Raja, dekat sini petang tadi.

cb18a33a-c286-48f1-bf88-72976b4a3bf3Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, Mohd Syaiful Sabo, 19 tahun, maut apabila motosikal yang diboncengnya bersama-sama abangnya, Mohamad Sofian Sabo dilanggar oleh sebuah lori dari arah belakang.

Impak pelanggan itu menyebabkan kedua-dua anak jati Kampung Moyan Laut di Asajaya ini melambung, dengan Sofian kemudian tidak sedarkan diri.

Adiknya Syaiful pula parah di kepala sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Alexson Naga, Sofian bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat oleh pasukan paramedik yang hadir ke lokasi.

“Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru